Pada 11 Februari lalu, barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia 7 telah pun diperkenalkan pada sidang media khas. Selain mengekalkan Siti Hajar Ismail sebagai guru vokal persembahan, Fatimah Abu Bakar selaku guru motivasi dan Bahasa Inggeris serta Syafizawati Sharif sebagai guru vokal teknikal, tiga tenaga pengajar baru turut dipilih iaitu pelakon Ida Nerina sebagai guru lakonan, A.Aris Kadir yang mengambil alih tugas Linda Jasmine selama enam musim sebagai koreografer serta Acis sendiri. AC Mizal juga diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengendalikan konsert mingguan Akademi Fantasia 7. Begitu juga dengan Sarimah Ibrahim yang terus kekal sebagai hos bagi program Diari Akademi Fantasia dan sebuah segmen AF baru iaitu, Diari INT AF. Tetapi perkara yang lebih hangat ialah siapa bakal pengetua AF7 ? hal ini diperkuatkan lagi apabila suami Datuk Sheila Majid, Hashridz Murshim atau Acis telah dipilih menjadi salah seorang tenaga pengajar AF musim baru ini selaku Pengarah Muzik. Ramai yang beranggapan pemilihan Acis itu sebenarnya sebagai 'petanda' oleh Astro bahawa 'kerusi panas' tersebut memang sah menjadi milik penyanyi yang popular itu. Namun, bila diajukan soalan sama ada dia bersedia memikul tanggungjawab itu jika ditawarkan kelak, Sheila hanya sekadar menjawab "no komen" dan enggan mengulas lanjut tentang hal tersebut.

1 comments

  1. Anonymous  

    February 12, 2009 at 7:53 PM

    wahhh ye ke ni eh ?

Post a Comment

Need more? Find it here...











Recent Entries

Recent Comments