JURUTERBANG MAS seperti yang digembar-gemburkan dalam internet bukan kekasih Scha,” luah aktor kacak Fahrin Ahmad ketika diajukan sama ada dia mengetahui tentang khabar angin bintang muda, Scha yang dikatakan adalah kekasih kepada seorang juruterbang yang mana pada masa yang sama Scha turut dikaitkan dengan dirinya. Menurut Fahrin, dia dapat mengesahkan jejaka yang bergambar sambil berpelukan dengan Scha di sebuah laman web popular bukan kekasih "rakan baiknya" itu. Sebaliknya, Scha memberitahu Fahrin bahawa dia dan jejaka tersebut hanya berkawan biasa sahaja. “Scha sendiri telah jelaskan kepada saya supaya jangan mempercayai apa yang dikatakan dalam laman web itu. Semua spekulasi itu tidak betul.


Credit to: (mStar)

0 comments

Post a Comment

Need more? Find it here...











Recent Entries

Recent Comments