SETELAH lebih tiga bulan melalui pelbagai tugasan mencabar, gelaran ikon Gadis Melayu nampaknya berpihak kepada Khairul Noormaidah Zali atau mesra dengan panggilan Aida ini, yang telah berjaya memukau juri profesional dan penonton menerusi persembahan 'dramatik' yang dipamerkannya pada peringkat akhir program realiti terbitan TV9 itu di Auditorium MBSA, di sini, semalam. Peserta berusia 23 tahun itu berjaya menewaskan empat lagi finalis iaitu Noor Afzan Mohd. Afzul Khan, 27, Siti Nurashikin Mohd. Noor, 22, Nurul Khusna Uma, 20, dan Nur Aishah Zainal, 23 apabila menerima markah keseluruhan tertinggi daripada juri profesional dan juga berdasarkan undian SMS penonton.

Credit Gambar dan Berita : mStar

1 comments

  1. Anonymous  

    August 31, 2009 at 3:10 AM

    sangattt comel aida

Post a Comment

Need more? Find it here...











Recent Entries

Recent Comments