Tak payah nak teka-teka lagi. Nak tahu jawapannya ... ini dia. Mempersembahkan Amylea (Akademi Fantasia 3), Tomok (vokalis New Boyz), Pija (Mentor 2007), Nine (vokalis Coco), Ridzuan (pemenang anugerah Artis Harapan di AIM 2006), Rehana (Suara Emas Bintang RTM 2007), Simon, Esther, Aweera, Anith, Ayu dan Fifi - 12 peserta yang akan berentap di musim ketiga One In A Million (OIAM). Seperti musim sebelumnya, Marion Caunter dan Awal Ashaari kekal sebagai hos sementara panel juri terdiri daripada Paul Moss dan Syafinaz Selamat. Musim ini juga melihat penyertaan Ning Baizura sebagai mentor vokal, Pat Ibrahim selaku mentor persembahan pentas, Juita Abdul Jalil sebagai mentor persembahan dan Yuaz sebagai pelatih vokal. Bermula Jumaat minggu depan, mereka akan beraksi secara 'live' di Sri Pentas 2, Shah Alam. Bagi mereka yang lebih suka menonton di rumah, siaran bermula pada pukul 9.30 malam di 8TV.

sumber: gua.com.my

0 comments

Post a Comment

Need more? Find it here...











Recent Entries

Recent Comments