Sunburst KL International Music Festival 2009 kembali untuk kali kedua setelah berjaya dalam penganjuran sulungnya tahun lalu. Konsert anjuran Pineapple Concerts Sdn Bhd ini akan diadakan pada 21 Mac, di Polo Pavillion, Bukit Kiara Equesterian & Country Resort, Kuala Lumpur bermula jam 2 petang hingga jam 2 pagi. Konsert 12 jam tanpa henti ini bakal menampilkan kumpulan-kumpulan indie seperti Butterfingers, Meet Uncle Hussein, Estranged, Hujan, Agrikulture, Bunkface, Maliq& D’Essential, Gerhana Ska Cinta, Estrella, Dead Mushroom, Joe Flizzow, Projek Pistol, 21st Night, Pesawat, They Will Kill Us, Arabyrd, The Otherside Orchestra, Juwita Suwito, Reza Salleh, Aseana Percussion Unit (APU), Cosmic Kitchen, Twillight Action Girl, Loops Collective. Terdapat juga band dari Indonesia seperti Nidji dan Andra&The Backbone, kumpulan Sixx dari Singapura, dan Russian Winters dari Australia serta ramai lagi band-band antarabangsa yang bakal menyertai konsert berkenaan. Lebih istimewa, peminat muzik tanah air juga bakal dihiburkan dengan persembahan band hip-hop terkenal dari Amerika Syarikat,iaitu N.E.R.D.

HujanN.E.R.D
Meet Uncle Hussein
Juwita Suwito
Estrella
Bunkface
21st Night

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket The Sunburst KL 2009 boleh mendapatkannya dengan menelefon Axcess Tickets Hotline ditalian 03-77115000.Tiket boleh didapati pada harga RM203 dan RM253. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.sunburstkl.com.

credits to: mStar

0 comments

Post a Comment

Need more? Find it here...











Recent Entries

Recent Comments